Saturday, August 8, 2009

LPM di Kota Bharu Kelantan - Sessi 17, 18, 19 & 20 pada 01 & 02-08-2009


SALAM.

ALHAMDULILLAH dengan berkat & limpah kurnianya, saya telah berjaya menganjurkan Kursus Pengendali Makanan (LPM) di bawah syarikat KENDALI BERSIH ENTERPRISE pada 01 & 02 OGOS 2009 bertempat di 4815-A, Tingkat 1, Jalan Dusun Muda, Kota Bharu, Kelantan. Sebanyak empat (4) sessi telah diadakan iaitu sessi 17 & 18 pada 01 OGOS 2009 dan sessi 19 & 20 pada 02 OGOS 2009 di tempat yang sama.

Pada 01 OGOS 2009, hari sabtu kursus dimulakan dengan sessi 17, seramai 20 orang dan dijalankan pada jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari manakala untuk sessi 18, seramai 15 orang dan dijalankan pada jam 2.30 sehingga 5.30 petang.

Pada 02 OGOS 2009, hari ahad kursus dimulakan dengan sessi 19, seramai 26 orang dan dijalankan pada jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari manakala untuk sessi 20, seramai 41 orang dan dijalankan pada jam 2.30 sehingga 5.30 petang.

LPM di Kota Bharu Kelantan - Sessi 13 & 14 pada 25-07-2009


Salam.

ALHAMDULILLAH, Latihan Pengendali Makanan (LPM) di Kota Bharu Kelantan berjalan dengan lancar setiap hari sabtu & ahad anjuran Syarikat KENDALI BERSIH ENTERPRISE yang beralamat di 4815-A, Jalan Dusun Muda, Kota Bharu, Kelantan.

Sessi 13 dijalankan pada sebelah pagi bermula jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. Seramai 18 orang peserta yang hadir untuk sessi 13 ini.

Manakala sessi 14 dijalankan disebelah petang bermula jam 2.30 petang sehingga jam 5.30 petang. Seramai 19 orang peserta hadir untuk sessi kali ke 14 ini.

Kursus di Kelantan mula dijalankan pada hari sabtu, 4 Julai 2009, di Bilik Seminar, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri kelantan yang terletak bertentangan dengan KB Mall atau di atas Kedai BATA. Kursus dijalankan sebanyak 2 sessi sehari dan berterusan sehingga hari ahad. Jadi bermula sessi 5 sehinggalah hari ini, sebanyak 24 sessi telah pun dijalankan di alamat yang dinyatakan di atas.