Wednesday, April 22, 2009

BAHAYA BISFENOL A (BPA)

Bisfenol A (BPA) adalah bahan kimia yang terdapat dalam plastik polikarbonat (polycarbonate) dan resin epoksi. Plastik polikarbonat yang jernih dan tahan lasak ini digunakan dalam pelbagai produk pengguna antaranya botol susu bayi, botol air mineral, bekas makanan dan juga dalam teether bayi. Resin epoksi pula digunakan untuk menyaluti lapisan dalam hampir semua makanan dan minuman dalam tin.

Kesan Terhadap Kesihatan

BPA dari produk mengandungi bahan berbahaya ini dapat melarut resap ke dalam makanan atau minuman dan seterusnya memasuki badan. Dos Bisfenol A yang rendah sekalipun dalam badan manusia boleh disalah anggap sebagai estrogen. Estrogen adalah hormon yang mengawal perkembangan otak, sistem peranakan dan pertumbuhan janin. Keadaan ini boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan.

Janin dalam kandungan (ibu hamil jaga pemakanan anda) dan bayi adalah golongan yang paling berisiko jika terdedah dengan BPA ini kerana ia dikatakan mempengaruhi pembentukan otak dan perangai bayi.

Banyak kajian mengaitkan BPA dengan pelbagai masalah lain seperti baligh awal, kanser payudara, kanser prostat, penyakit jantung, obesiti dan kencing manis. Malah, ia juga dikatakan boleh menyongsangkan ciri-ciri jantina seseorang dan merosakkan kromosom.



Faktor Pengaruhi Larut Resap BPA ke dalam Makanan

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan larut resap ini berlaku dengan lebih banyak. Antaranya, kepanasan (api dan matahari), calar dan pendedahan terhadap sesetengah bahan kimia (termasuk sabun pencuci).

Pengkaji dari University of Cincinnati melaporkan, pendedahan terhadap air menggelegak menyebabkan botol polikarbonat melepaskan bisfenol A (BPA) sehingga 55 kali ganda lebih cepat daripada ia terdedah kepada air sejuk atau air suam (air kosong).



Tip Mengelakkan BPA

Anda mungkin sukar untuk mengelakkan secara mutlak penggunaan produk yang mengandungi BPA ini, tetapi anda dapat mengurangkannya dengan mengamalkan langkah-langkah berikut:


Jangan panaskan makanan atau minuman dalam plastik polikarbonat sama ada menggunakan ketuhar gelombang mikro atau pun direbus.
Kurangkan pengambilan makanan dalam tin, pilih yang segar atau sejuk beku. Jika mahu yang segera, pilih dalam botol kaca.
Seboleh mungkin, gunakan bekas makanan daripada porselin, kaca atau keluli tahan karat terutamanya untuk makanan atau minuman panas.
Berikan permainan yang selamat untuk anak anda. Lihat kod plastik di bawah permainan. Kod 7 adalah polikarbonat (elakkan juga kod 3 kerana ia mengandungi toksin).
Jika mahu membungkus sup atau air panas dari penjual makanan, bawa bekas makanan atau minuman anda sendiri.
Jangan membiarkan air di dalam botol air mineral terjemur di dalam kereta, dan kemudian meminumnya.
Elak BPA ke Botol Susu Polikarbonat

Gunakan botol susu daripada gelas atau plastik yang bebas BPA. Elakkan polikarbonat. Sebaliknya pilih polietilena, polipropilena atau poliamida.
Jika anda menggunakan juga botol polikarbonat, pastikan ia tidak dijemur, tidak dipanaskan dan tidak dimasukkan air panas menggelegak ke dalamnya.

Elakkan calar dengan menggunakan berus yang lembut daripada plastik dan span, bukan berus daripada dawai untuk membasuh botol susu bayi.
Gunakan sabun yang sesuai untuk mencuci botol bayi.
sumber : ratuhati.com

Tuesday, April 14, 2009

Latihan Pengendali Makanan 2009

SALAM.

Peraturan Kebersihan Makanan (PKM 2009) telah diwartakan pada 28 Februari 2009. Ia mewajibkan setiap pengendali Makanan supaya menghadiri Latihan Pengendali Makanan (LPM) dan mendapatkan sijil LPM daripada institusi yang ditentukan oleh Pengarah.
Denda tidak melebihi RM10,000.00 atau dipenjarakan tidak melebihi dua (2) tahun jika tidak menjalani latihan atau memiliki sijil.

Pihak Kami ada menganjurkan LPM setiap sabtu & ahad bermula jam 8.30pg - 12.30 tengahari (SESSI 1) dan 1.30ptg - 5.30ptg (Sessi 2) atau dari jam 9.00pg-5.00ptg (Isnin-Jumaat sahaja) di CREATE OPPORTUNITIES SDN. BHD. di alamat No. 9-2, Jalan Cecawi 6/33, Seksyen 6, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor. (Tel : 012-2709896/03-6141 4353/03-6142 2313 - Mohd Syaiful Bahtiar)

Monday, March 23, 2009

CARA-CARA UNTUK SIHAT

RENUNG RENUNGKAN,SELAMAT BERAMAL..
Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat

2. bercelak sebelum tidur

3. memandang yang hijau

4. berpakaian bersih



Empat perkara merosakkan mata

1. memandang najis

2. melihat orang dibunuh

3. melihat kemaluan

4. membelakangi kiblat



Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong

2. rajin bersugi (gosok gigi)

3. bercakap dengan orang soleh

4. bergaul dengan para ulama



4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

SENYUM

Senyuman tidak ada manusia yang lebih banyak tersenyum melainkan Rasulullah." Daripada Syarhus Sunnah, sahabat Abdullah bin Umar pernah di soal, " adakah sahabat2 nabi tertawa?, beliau menjawab " Ya membantu meredakan di hati kita dan orang lain. menurut Tarmizi, Abdullah Bin Haris meriwayatkan "walaupun iman di hati mereka lebih besar daripada gununug." bilal bi saad memberitahu, " aku pernah melihat sahabat2 nabi berlari-lari di kawasan memanah sambil tertawa sesama mereka. apabila tiba waktu malam, mereka menjadi serius seperti rahib."

pada masa tertentu, Nabi Muhammad S.A.W berjenaka dengan sahabat-sahabat beliau tanpa melampaui batas.Menurut Tarmizi bertaraf hadis Hassan, beliau pernah berkata, " aku berjenaka dengan kamu tetapi aku tidak mengatakan melainkan yang benar."

Dr. Lee Berk dan Dr Stanley Tam dari universiti Loma Linda di California dan juga pengkaji-pengkaji dari Universiti Stanford, Sekolah Perubatan Harvard, Universiti Ohio State dan universiti Duke mendapati jenaka dan tertawa mampu meredakan kemarahan dan kerisauan. Ia mampu mngurangkan kesugulan ataupun depression.
jenaka dan tertawa meningkatkan kadar sel-sel T di dalam badan. sel2 T ini berfungsi meningkatkan daya ketahanan sekali gus mengawal pembiakan kuman di dalam badan..


senyum sokmo

Sunday, March 1, 2009

Bina Peribadi Waktu Makan

Pakar motivasi bebas Ustaz Sobri Abd. Rani menyarankan agar ibu
bapa menjadikan waktu makan sekeluarga sebagai waktu untuk
membetulkan kehidupan atau membina peribadi anak-anak. Kerana waktu
makan adalah program bersahaja yang besar impaknya dalam hidup.
Antara didikan yang boleh diterapkan kepada anak-anak pada waktu
makan:

1. Tunggu orang yang paling tua


"Kalau ada ayah, suapan pertama hendaklah dimulakan oleh ayah.. Kalau
tidak ada ayah, emak dulu. Rahsia di sebaliknya, bila dikekalkan
begitu selama tiga bulan, akan tumbuh di hati anak rasa hormat
kepada yang lebih tua walaupun di luar pandangan kita. Jadi kalau
kita hendak tahu macam mana anak kita di luar pandangan kita, tengok
waktu makan."


2. Baca bismalah dan guna tangan kanan


"Anak kita tidak akan sanggup untuk memasukkan makanan ke mulut atau
memegang sesuatu yang bukan haknya. Yang biasa dia ambil masuk ke
mulut dengan nama Allah dan biasa memegang yang halal dengan tangan
kanan. Melalui amalan yang mudah ini, roh kita dimonitor oleh
syariat. Amalan ini tak perlu pada tenaga dan wang ringgit yang
banyak tapi perlu pada kesabaran dan istiqamah."


3. Ambil lauk terdekat dulu


"Bagi cubitan lauk yang pertama, ambil yang paling dekat. Kenapa?
Melatih sabar. Kali kedua jika hendak ambil yang jauh tak mengapa,
itu dikira usaha ikhtiar untuk dapat yang lebih baik. Ia
mempengaruhi corak kehidupan dan corak kita bekerja.

"Kalau ayah atau ibu hendak membina sifat penyayang, ambil lauk yang
pertama letak di pinggan anak. Memang anak akan rasa lain. Kalau dia
tak mahu lauk itu tak mengapa tapi kita memberi tu yang mustahak.
Kalau kita buat macam itu, dia juga akan jadi macam itu pada orang
lain. Kita sudah bina masyarakat penyayang di dalam rumah kita.
Malah untuk latih anak cinta pada saudaranya yang lain, itulah
waktunya..."


4. Kawal suapan


"Bila ambil makanan untuk suap ke mulut, jangan diangkat suapan
seterusnya selagi di dalam mulut itu belum ditelan. Sesudah ditelan,
baru angkat suapan seterusnya masuk ke mulut. Untuk apa? Melatih
jangan tamak dan bersifat qanaah ? mencukupi apa yang ada. Atau
lebih tepat, melatih syukur terhadap apa yang Allah kurniakan."
Ustaz Sobri berkata, "Perkara ini kalau dilatih betul-betul, ia
akan menumbuhkan sifat-sifat mulia di dalam diri. Sebab makan adalah
perkara yang kita benar-benar buat dengan hati, sebab itu ia
mempengaruhi roh."

Friday, February 20, 2009

PETUA untuk dijadikan AMALAN

Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda? IsyaAllah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan (memang terbukti keberkesanan) .

Al-Quran juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:

1. Mandi awal pagi sebelum subuh sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik.. Air sejuk yang meresap
ke dalam badan boleh mengurangkan lemak berkumpul.
Kita boleh saksikan org mengamal mandi awal pagi
kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap
pagi Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit...
susah nak kena sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur
(iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas
membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening
migrain.
Ini terbukti oleh para saintis membuat kajian kenapa
dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah
menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran
darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan
bersujud, maka darah akan mengalir ke ruang
berkenaan..

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan
darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah
menegah kita makan ikan bersama susu, Dihuatiri akan
cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis
yang menjumpai di mana dalam badan ayam mengandungi
ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion(-).
Jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka
terjadi tindakan balas biokimia yng trhasil yg boleh
merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila
habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli
saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak
terkandung di celah jari - jari, iaitu 10 kali ganda
terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat
percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa
menyebarkan ilmu demi kebaikan, insyaAllah Tuhan akan
menggandakan 10 kali kepadanya.

Monday, February 16, 2009

SUBHANALLAH!!!!!

5 Strangely Colored Beaches

Unless you're lucky enough to have visited some of the unique shorelines below you'll probably be used to seeing - at best - golden beaches on your travels. In fact a lot of people believe golden sands to be the only option when it comes to beaches. To prove otherwise, and to show off a few of the world's most uniquely coloured stretches of sand, we present the following selection....

Punalu'u Beach

http://farm4.static.flickr.com/3172/3019805838_aa665e3e46_o.jpg

Punalu'u Beach is the most visited of the few black sand beaches on Hawaii's Big Island and the stunningly black sand is actually volcanic rock, deposited as lava and subsequently cooled when met by the ocean. Apparently to take any of the sand home would result in you being cursed by a volcano goddess by the name of Pele.



Papakolea Beach


http://farm4.static.flickr.com/3053/3019806778_50f5e4ab2d_o.jpg

One of only 2 green sand beaches in the world, the truly magnificent sight of Papakolea Beach can be experienced by travelling to Hawaii's Ka'u district. Again, the unique colour of its sand can be attributed to volcanic activity - specifically, the green hue belongs to the abundance of olivine crystals which have been produced as a result of a nearby cinder cone erupting and eroding.

See the beach on Google Maps.

Hyams Beach

http://farm4.static.flickr.com/3183/3019808004_7bb3bd108b_o.jpg

You may need to wear your shades when visiting Hyams Beach in New South Wales, Australia, but not just due to the sun. It's not surprising after looking at photos but this sublime stretch of beach is home to the whitest sand in the world, an honour awarded by the Guinness Book of Records.



Pfeiffer Beach


http://farm4.static.flickr.com/3179/3018980013_e153aed2f8_o.jpg

The hills surrounding Pfeiffer Beach in Big Sur, California, are rich in Manganese Garnet. A result of this being washed down onto the beach is the colour scheme you can see above - the entire stretch of sand has become a shifting, pink and purple canvas. Although it's probably inedible, I can't help picturing a bowl of Raspberry Ripple ice-cream every time I see it.



Kaihalulu

http://farm4.static.flickr.com/3179/3018978267_642f038f76_o.jpg

You won't find many beaches elsewhere in the world with sand as red as this one. Kaihalulu, or Red Sand Beach, is situated on the island of Maui and can thank the neighbouring cindercone hill for its intensely deep red appearance.