Tuesday, July 21, 2009

INDUSTRI GERAGAU

rosham4530@yahoo.com wrote:

Selama 3 hari bermula 10-12 Julai 2009, aku berkesempatan mengiringi Ketua Jabatan ke lawatan penyelidikan ke Daerah Larut Matang dan Kerian, Perak. InsyaAllah bermula dengan entri pada hari ini, aku akan menyelitkan apa yang menarik di daerah tersebut. Mana yang baik ambillah ia dijadikan contoh. Manakala yang tidak dijadikan ingatan sepanjang hidup.

Aku pasti, bila ditanya tentang udang geragau. Pasti kalian rasa teruja dengan rasanya. Udang geragau ini apabila dimasak dengan nasi goreng memang menyelerakan. Itu belum lagi di tambah dalam masakan-masakan lain dan ada sesetengah mereka menjadikannya bahan utama utama untuk resipi sambal dan kuah bagi mee.

Aku terjumpa secara tidak sengaja industri ini ketika hari terakhir selepas tiba di jeti Kuala Gula, Kerian semalam. Aku lihat masyarakat Cina di sini yang merupakan nelayan kebanyakannya, menjadikan udang geragau sebagai hasil pendapatan mereka. Aku agak terkejut dengan penemuan ini. Lihat sajalah udang yang dijemur itu hanya diletakkan di atas kanvas di atas tanah. Selalunya bagi mereka yang arif, penjemuran seperti ini dibuat di atas pangkin khas.

Udang geragau yang basah dijemur. Kemudian pekerja Indonesia membalik-balikkan udang itu supaya ia cepat kering. Apa yang tidak sepatutnya berlaku ialah, pakaian pekerja berkenaan.

Lihatlah mereka hanya berpakaian seluar pendek sahaja. Rambut dan peluh bila-bila masa sahaja boleh tercampur sekali dengan geragau tersebut.

Lihat juga kasut yang mereka pakai. Kasut itulah juga digunakan untuk memijak tanah di luar kanvas. Sedap bukan udang geragau yang kita makan?

Ini pula penemuan yang lebih mengejutkan! Tiba-tiba aku ternampak dua ekor anjing berkeliaran di kawasan jemuran tersebut.

Anjing-anjing tersebut dengan selamba melalui kawasan kanvas jemuran. Manakala pekerja industri itu hanya membiarkan anjing-anjing itu tanpa dihalau.

Lihatlah betapa enaknya geragau yang bakal tiba di rumah kita dikongsi bersama dengan anjing-anjing ini. Malah dapat dilihat anjing-anjing berkenaan memijak geragau yang sedang dijemur tersebut.

Aku semakin teruja melihat gelagat anjing-anjing tersebut dan terus menghalakan D60 untuk meneruskan kerja-kerja mengambil gambar. Dan…..

Gambar di atas menjadi finale kepada industri geragau yang aku lihat! Lihatlah kelibat sang anjing di kiri gambar yang sengaja kencing hanya beberapa sentimeter sahaja dari kanvas jemuran! Astagfirullah! Jadi kalian, masih mahu makan udang geragau lagi? Entah mengapa aku geleng kepala. Dalam keadaan kita gegak gempita dengan isu makanan halal di Malaysia, kita masih terlupa melihat perkara syubhah seperti ini. Aduhai!

Kursus Pengendali Makanan di Hotel Concorde Shah Alam.




SALAM.

ALHAMDULILLAH. Semalam, 20 Julai 2009, Seramai 35 orang peserta telah terlibat dalam Kursus Pengendali Makanan yang dijalankan di Gallery 1, Tingkat 3, Hotel Concorde, Shah Alam. Kursus dibahagikan kepada 2 sessi iaitu seramai 19 orang pada jam 9 pagi hingga 12 tengahari & seramai 16 orang lagi pada sessi kedua jam 2 hingga 5.30 petang.

Kursus dijalankan dengan komunikasi 2 hala yang melibatkan kakitangan jabatan Dapur (Hot Kitchen, Pastry, Malay Kitchen, Chinese Restaurent Kitchen), Serving, banqueting dan juga stewarding department.

Untuk makluman, pihak Concorde Hotel Shah Alam telah memperolehi pensijilan HALAL daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) .

Kursus akan datang akan diadakan di No. 9-2, Jalan Cecawi 6/33, Seksyen 6, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor pada jam 9.00 pagi sehingga jam 12.30 tengahari. Terdapat kekosongan sebanyak 31 lagi tempat duduk yang mana kursus maksimum ialah seramai 35 orang sahaja. Sebarang kemusykilan bolehlah diutarakan kepada Syaiful = 0122709896.

TERIMA KASIH.