Friday, June 26, 2009

Kursus Pengendali Makanan

SALAM.

Syarikat CREATE OPPORTUNITIES SDN. BHD. yang merupakan sebuah Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dengan No. Rujukan KKM-163/I/ILPM/C8(Kod SLPM : A/B/007) di bawah Koordinasi Encik Mohd Syaiful Bahtiar Bin Nan akan menganjurkan Kursus Pengendali Makanan (Kursus Asas Kebersihan dan Keselamatan Makanan) bermula 04-05/07/2009 dan minggu-minggu berikutnya di No. 9-2, Jalan Cecawi 6/33, Seksyen 6, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Selain daripada itu beliau turut menjadi penceramah jemputan untuk SLPM, Syarikat Kendali Bersih yang mana beliau akan memulakan sessi Jelajah Negeri Kelantan bermula pada tarikh yang sama (04-05/07/2009), diikuti 11-12/07/2009, 18-19/07/2009, 25-26/07/2009, 01-02/08/2009, 08-09/08/2009, 15-16/08/2009, 22-23/08/2009, 29-30/08/2009, 05-06/09/2009 dan minggu ke 2 bulan Ramadhan, 1430H, bersamaan 12-13/09/2009.

Yuran Kursus hanyalah RM50 sekepala sahaja dan anda akan diberikan sijil penyertaan yang mana pihak kami merupakan institusi yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Berikut adalah petikan akta yang berkaitan Kursus Pengendali Makanan:

Bahagian IV

PENGENDALI MAKANAN

Bab 1 – Latihan, pemeriksaan perubatan dan keadaan kesihatan, pakaian dan kebersihan diri pengendali makanan

Latihan Pengendali Makanan

30. (1) Pengendali makanan hendaklah menjalani latihan pengendali makanan di, dan mendapat Sijil Latihan Pengendali Makanan daripada institusi yang ditentukan oleh pengarah.

(2) Menteri boleh, jika difikirkan perlu, mengkehendaki mana-mana pengendali makanan untuk menghadiri mana-mana latihan pengendali makanan tambahan di mana-mana institusi yang ditentukan oleh pengarah.

(3) Mana-mana pengendali makanan yang bekerja di mana-mana premis makanan yang tidak menjalani latihan atau memiliki sijil yang disebut dalam sub-peraturan (1) atau yang tidak menghadiri mana-mana latihan yang disebut dalam sub-peraturan (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun.

RUJUKAN:

AKTA MAKANAN 1983

PERATURAN-PERATURAN KEBERSIHAN MAKANAN 2009

1 comment:

  1. ade no phone tak? kalau boleh nak bercakap dengan someone bot the kursus.

    ReplyDelete