Saturday, August 8, 2009

LPM di Kota Bharu Kelantan - Sessi 13 & 14 pada 25-07-2009


Salam.

ALHAMDULILLAH, Latihan Pengendali Makanan (LPM) di Kota Bharu Kelantan berjalan dengan lancar setiap hari sabtu & ahad anjuran Syarikat KENDALI BERSIH ENTERPRISE yang beralamat di 4815-A, Jalan Dusun Muda, Kota Bharu, Kelantan.

Sessi 13 dijalankan pada sebelah pagi bermula jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. Seramai 18 orang peserta yang hadir untuk sessi 13 ini.

Manakala sessi 14 dijalankan disebelah petang bermula jam 2.30 petang sehingga jam 5.30 petang. Seramai 19 orang peserta hadir untuk sessi kali ke 14 ini.

Kursus di Kelantan mula dijalankan pada hari sabtu, 4 Julai 2009, di Bilik Seminar, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri kelantan yang terletak bertentangan dengan KB Mall atau di atas Kedai BATA. Kursus dijalankan sebanyak 2 sessi sehari dan berterusan sehingga hari ahad. Jadi bermula sessi 5 sehinggalah hari ini, sebanyak 24 sessi telah pun dijalankan di alamat yang dinyatakan di atas.

No comments:

Post a Comment